Wednesday, January 9, 2008

Suka kaya.

Saya suka bila dengar cerita pasal orang-orang berjaya.
Pasal dia yang kerja di syarikat insurans baru setahun dah pakai BMW.
Pasal dia yang kerja di luar negara dengan syarikat besar-besar.
Pasal dia yang mempunyai kerja cool dan gaji besar.

Saya suka.

Terutamanya bila orang itu lelaki Melayu.

Semoga lebih berjaya!

Tapi, tak semestinya orang yang tidak bergaji besar, tidak memakai kereta besar, tak berjaya. Mungkin dia saja merendah diri kan?

Macam seorang kenalan saya. Dia amat berjaya. Tapi sekali pandang, nampak macam biasa sangat. Kereta tak mewah langsung, rosak sana sini.

Sekarang masih bekerja kuat untuk memenangi hati ibu bapa si gadis.
Lelaki cakap pada kawannya, "Aku bukan sengaja nak kerja kuat-kuat untuk dapat duit juta-juta, tapi aku mahu si gadis bangga dengan aku. Aku tak mahu famili dan kawan-kawannya pandang rendah pada dia kerana memilih aku. Dan aku mahu memberi apa yang layak untuknya".

Mengharukan. Tapi, ketahuilah lelaki, si gadis tak kisah dengan itu semua. Biarlah hanya berdua yang tahu betapa kayanya nikmat hidup apabila berdua bersama.

Sebab, kalau tak kaya pada harta, tak semestinya tak kaya dari segi lain, kan?

No comments: