Tuesday, July 15, 2008

lagi-lagi tag.

Ingat tak mahu update, tapi kena tag pulak...Tag yang dulu from Encik Bangkai pun belum habis buat. Sabar ya...

Tag dari Dalie (nama timangan oleh rakan-rakan bloggers...Rakankah kita? Hehehe...)



1. nama-nama timangan oleh org tersayang

Sayang.
Nama sebenar yang tidak dapat didedahkan di sini. Saya tiada nama timangan lain.

2. anda seorang yang...........

Malas.
Suka berlengah-lengah.
Gemarkan masa yang banyak.
Bernasib baik.
Adil.
Positif.
Hipokrit.
Berani.
A strong character.
Istimewa. (Perasan. Because everybody's special.)

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.

Baik hati.
Murah hati.
Mampu menjaga dan membimbing saya dari segi fizikal, emosi, mental dan spiritual.
Tinggi lampai.
Penyabar.
Gemar kanak-kanak dan haiwan.
Berkarisma dan tegas di tempat kerja.
Berpengetahuan luas.

4. makanan favourite anda

Banyak. Bergantung pada makanan apa yang 'mengidam' pada waktu itu. Makanan yang tidak kering.

5. favourite color

Semua warna. Tapi saya rasa saya sesuai dengan warna putih dan jingga. Mungkin merah jambu, hijau dan biru juga. (Hampir kesemua warna kan?)

6. favourite song

More than words. Banyak cover.

7. sikap yg membuatkan anda stress

Kurang ajar tak tentu pasal. Contohnya, penjual tiket LRT malam semalam. (Hello, setakat jual tiket tu, tak payah berlagak dan sombong. Muka pun tak cantik.)
Konon alim.

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda...

Beg duit atau dompet.
Kamera.
Telefon bimbit.

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

Kata kunci di sini- menangis beriya-iya. Hmm...Sudah lama. Mungkin setahun lepas. Soal jodoh dengan ibu bapa.

10. tag 6 rakan anda

-
-
-
-
-
-

No comments: