Orang anggap saya sombong. Tapi sebenarnya, saya tak sombong. Dulu saya memang sombong, terutamanya dengan lelaki. Ada suatu peristiwa yang menyebabkan saya sombong dengan lelaki. Sebelum peristiwa itu, sayalah yang paling ceria, yang paling mudah untuk didekati, tetapi selalu disalah ertikan oleh lelaki dan perempuan. Saya elak lelaki kerana saya takut jika saya mesra dengan lelaki, lelaki akan salah anggap dan jatuh hati. Waktu itu, saya belum bersedia untuk jatuh hati dan tidak mahu dianggap perampas.
Orang anggap saya yakin. Tapi sebenarnya, saya kurang yakin. Dulu saya memang yakin. Semua pun saya hadapi dengan keyakinan. Sekarang saya sudah ada beberapa kegagalan, dan kegagalan itu memusnahkan keyakinan saya. Kini, keyakinan saya hanya di permukaan saja (superficial), saya tak yakin sepenuh hati. Saya rindu dengan keyakinan saya.
Orang aggap saya bijak. Tapi sebenarnya, saya kurang bijak. Dulu, benar, saya bijak. Seperti keyakinan, kegagalan juga telah membunuh kebijakan saya. Walaupun kegagalan saya tidak sebesar mana, tapi mengapa saya masih kurang yakin dan berasa bodoh?
Orang anggap saya kaya. Tapi sebenarnya, saya tidak kaya. Sampai sekarang saya pelik kenapa orang anggap saya kaya. Maaf, saya tidak dapat 'sponsor', saya tidak kaya!
Orang anggap saya baik. Tapi sebenarnya, saya tidak baik. Dulu saya memang baik. Dulu saya yakin masuk syurga. Ramai lagi yang lebih jahat, lebih hina dari saya. Sekarang, saya mungkin baik dari segi perbuatan, tapi tidak begitu baik kepada Tuhan saya. Bukan saya tidak mahu jadi baik, saya mahu, tapi saya senang terpengaruh dengan Iblis Syaitan. Saya baik perbuatan kerana saya mahu menebus dosa-dosa saya. Harap-harap, kebajikan saya diterima. Tapi tak cukup, memang tak cukup, banyak menggunung perlu ditebus! Jadi, jangan anggap saya baik, saya bukan orang baik.
Saya selalu dengki pada orang yang baik. Terutama sekali gabungan orang yang baik, bijak, cantik dan kaya. Sempurna. Baik, bijak dan cantik adalah hampir sempurna. Saya dengki pada orang yang hampir sempurna juga.
Saya dengki pada orang yang terpelihara. Ibadat saya dulu sepatutnya memelihara saya! Tapi kenapa tidak? Sia-siakah?
Tuhan tidak suka pada saya. Saya harap satu hari nanti Tuhan akan sangat sayang pada saya. Masih sempat?
6 hours ago
No comments:
Post a Comment