Saturday, March 22, 2008

Azan

Saya memang seorang yang selalu bermimpi. Malam tadi, saya bermimpi lagi. Saya berjumpa seorang ibu yang sedang melahirkan seorang anak. Suaminya entah di mana.

Anak selamat dilahirkan, tapi ibu itu sedang nazak. Badannya tiba-tiba berasap-asap dan reput. Di sebalik kepulan asap, tiba-tiba badannya dibaluti kain ibarat mumia.

Saya sedih. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia berkata sesuatu tentang agama Buddha. Maka, ketahuilah saya bahawa dia merupakan seorang mualaf, yang bertukar agama tanpa iman, hanya sebagai tiket perkahwinan.

Anak itu diberi pada saya. "Sudah diazankan anak ini?" Saya bertanya pada semua bidan dan pembantu-pembantu. Saya mencari si bapa tetapi gagal.

Lalu, saya pun membisikkan azan di telinga anak itu. Si bapa tiba-tiba muncul dan membiarkan saya menyelesaikan azan.

Kemudian, saya terjaga dari mimpi yang samar-samar maksudnya.

Azan Subuhkah itu?

4 comments:

Diana Ishak said...

seram sejuk aku dgr mimpi ko nih..

Anonymous said...

org twa twa ckp mimpi camni mknanya nak kawen dah neh

Anonymous said...

i rasa mimpi macam ni ada maksud tersirat yang membawa ke arah kebaikan dan mungkin keinsafan.

baik tanya orang2 berpengalaman.

-hylda

the ectopy said...

yeay! i'll go with the kahwin part! actually, i selalu je mimpi pasal benda benda agama ni...like last night. probably will tell about it later.