Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba saya mahu mengulas tentang isu ini walaupun musim poligami lama sudah berlalu (musim berlalu di dada-dada akhbar, tapi tak bermaksud orang tak buat).
Entri yang lepas membuatkan saya lebih peka terhadap isu ini. Contohnya, baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang lelaki 65 tahun yang inginkan pil Viagra tapi tak lampu hijau dari doktornya kerana beliau mempunyai masalah jantung.
"Tua-tua pun aktif lagi ye?" saya fikir. Secara tak langsung, saya membayangkan ibu bapa saya dan ibu bapa boyfriend saya mengadakan acara rompy session mereka.
"Blerrrghh!!!" saya tiba-tiba tak dapat meneruskan bayangan itu.
Kemudian saya fikir, adakah saya sanggup melayan kehendak seks suami saya apabila beliau berumur 65 tahun nanti? Seorang isteri yang baik, tentulah akan menunaikan tanggungjawabnya. But, can a wife give it all, can her sexual desire be aroused? Isteri yang baik kena fully pleasurable!
Mungkin, by that time, saya akan menjadi tak kesah, saya sendiri yang buat request, "Sayang, I dah tak larat ni, pinggang I dah nak patah...You kahwinlah isteri yang muda sikit..."
Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.”
Tengok...Kena pulang kepada isteri! Eh, tapi nanti ada pulak yang argue, 'Lepas saya kahwin dengan wanita itu, bolehlah saya pulang kepada isteri baru saya tu!!!'
Tak ape...Argument masih boleh diterima. Ye lah, kahwin setakat nak memuaskan nafsu, ape kelas!!
Masa muda-muda dulu, mesti lelaki memilih kan? Calon isteri hendaklah bukan sahaja cantik, malah bijak, pandai masak, baik hati, pandai layan budak-budak etc.
Tapi selalunya, lelaki kalau dah tua, tergoda dengan perempuan muda, lebih 50% tertarik pada kecantikan perempuan itu. Jarang sangat yang memilih kriteria-kriteria lain. Ya, betul, isteri muda mesti baik hati dan pandai bergaul juga, tapi threshold/ standard criteria yang lelaki cari pada seorang wanita ketika dia muda dulu sudahpun berkurangan. Ini kerana lelaki itu pun sudah tak berapa kacak.
Jadi, kepada isteri pertama, janganlah anda jealous kepada isteri muda. Andalah yang paling perfect sekali, cuma kini dimamah usia...Nak buat macam mana, suami perlu dipuaskan.
PADA PENDAPAT SAYA, (ditekankan, ini pendapat saya seorang), yang layak berkahwin lagi itu hanyalah lelaki yang tua ataupun yang isterinya telah tua, lalu tidak dapat memenuhkan permintaan seks lelaki itu.
ATAUPUN, lelaki yang kerjayanya membawa ke seluruh dunia, di mana dia perlu isteri untuk menguruskan keperluannya. Paling layak adalah lelaki yang merantau atas tujuan berdakwah (Nabi Muhammad SAW dulu pun berkahwin ramai atas sebab dakwah).
DENGAN syarat, dia berkemampuan DAN adil saksama.
Kepada lelaki, kalau isteri anda muda dan mampu zahir DAN batin, anda pula tak bekerja outstation sana sini (tapi yang selalu anda buat ialah menipu isteri anda outstation), tak perlulah kahwin lagi seorang! Bak kata hadith di atas, "PULANG KEPADA ISTERI". Tak ada sebab untuk anda tidak dapat pulang kepada isteri anda yang telah sedia ada itu...Tak jauh pun!!!
UNLESS YOUR WIFE REFUSES TO SERVE YOU. (or if she's infertile and you want a child so badly. But you know what, nowadays, there are many alternatives to conceive. The cost might be even cheaper than marrying another woman!)
Baru boleh anda beralasan untuk kahwin lagi. Tapi perlulah cari dahulu punca-punca isteri kurang taat. Anda sebagai suami, perlu membimbing isteri anda.
Suami yang baik, perlu ada wibawa dan bijak menjaga rumah tangganya. Kalau isteri yang seorang pun sudah huru hara, inikan pula tambah lagi seorang.
Huraian
Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Bukhari)
Kalau suami saya berkahwin lagi satu, adakah ini bermaksud he has gone mental (psychological problems)? Ehehehe...Just kidding!
Jadi, isteri pertama perlu paham! Alasan paling kukuh untuk berkahwin kerana sesungguhnya memang fitrah Allah itu menjadikan jiwa manusia ini bergelora, meronta-ronta hendak kepuasan...
Para isteri perlu redha dan berfikiran positif. Semua ini pasti ada hikmahnya...
Cara menenangkan perasaan isteri tua: Jangan risau, isteri muda itu tempat suami anda memuaskan nafsu sahaja...Tak perlu jealous dengan isteri muda!
Cara menenangkan perasaan isteri muda: Suami pasti lebih sayang dan lebih bermanja-manja dengan anda! Isteri tua sudah tidak dapat belaian macam yang kamu dapat! Kalau suami yang baik, dia akan membelai kesemua isteri-isterinya dengan sama rata, cuma caranya berbeza...Jadi, tahniah, anda dibelai dengan hebat sekali! Jadi, tak perlu jealous dengan isteri tua...
Sesungguhnya, lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri bukanlah sesuatu yang senang. Seorang kenalan yang beristeri dua, pernah mengaku, "Tak perlulah kahwin banyak-banyak! Penat! Balik rumah isteri pertama, dia minta...Esoknya balik rumah isteri kedua, dia minta juga! Kalau tak bagi, tak adil. Penat....."
Dan sesungguhnya, bukanlah seronok sangat pun jadi isteri muda. Ingat mudah hidup dicemuh masyarakat yang tidak memahami situasi mereka? Ingat senang menjaga anak-anak yang masih kecil tanpa suami sepenuh masa? Lebih-lebih lagi kalau baby, suami pula jarang ada untuk membantu! (Sebab selalunya anak-anak isteri tua sudah besar, jadi tiada masalah anak-anak mempunyai bapa yang macam Chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada).
Tapi kalau jenis suami yang tak adil tu, jawab masa akhirat sajalah nanti.
Jadi, apa kata kita beramai-ramai jangan berat sebelah kepada mana-mana pihak.
Seorang ustadz pernah berkata, "Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, baginda kahwin ramai selepas isteri pertamanya, Khadijah meninggal dunia".
Sejauh mana kebenaran kenyataan di atas, saya tak dapat pastikan, kerana saya kurang mahir dengan sejarah perkahwinan Nabi Muhammad SAW. (Ada sesiapa dapat confirmkan Nabi Muhammad hanya beristerikan Khadijah seorang sebelum Khadijah meninggal dunia?)
Kalau betul....Kudos to our Pak Lah, our Prime Minister!
SEDIKIT KATA-KATA MOTIVASI DARI SAYA YANG TAK BERTAULIAH.
Kepada isteri-isteri yang berasa suaminya kejam:
Jodoh itu Allah yang tentukan. Allah itu Maha Adil. Kalau diri anda elok, tentulah Allah menjodohkan dengan lelaki yang elok tingkah lakunya. Kalau diri anda beriman, tentulah suami anda pun beriman juga orangnya.
Jika suami anda tak elok budi pekerti, tentulah jodoh baru suami anda sumbang juga perlakuannya.
Kepada isteri-isteri yang baik (tak bias kepada isteri muda atau isteri tua asalkan baik hati) tapi berasa dirinya tertindas dan teraniaya ("kenapa aku walaupun baik dijodohkan dengan lelaki sebegini!" bisik hati kecil anda:
Ingatlah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cabaran yang Allah beri mesti dapat diselesaikan sebab Allah bukan main suka-suka sahaja nak menyusahkan hidup hamba-hambanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Dan, doa-doa orang yang dizalimi, yang teraniaya, memang dikabulkan oleh Allah. Jadi, gunakan kesempatan ini untuk berdoa banyak-banyak dengan Allah. Sebagai contoh, "Ya Allah, ubahlah sikap suamiku supaya lebih adil terhadap isteri-isterinya. Tabahkan diriku ini untuk sentiasa menjadi isteri yang baik dan tidak derhaka atau berdendam dengan suamiku. Ubahlah sikap maduku agar lebih bertolak ansur".
Sekarang, kepada isteri pertama yang sedang pedih hatinya, cuba gabungkan kedua-dua motivasi di atas,
"Saya baik, suami saya jahat. Sebab itu suami saya dapat perempuan jahat. Tapi saya baik. Sebab itu dapat dugaan begini".
Diingatkan, ayat di atas cuma sekadar ayat menyedapkan hati sendiri. Hehehehehe...
Realitinya, kita kena sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain.
Sekian.
2 hours ago
4 comments:
agreed :)
bestlah entry ni!
Banyak dari perkara yang Rasulullah SAW buat, kita tidak boleh buat bahkan boleh jadi haram kalau kita buat (berpuasa tanpa henti, nikah lebih dari 4 bagi lelaki). Pula, ada yang Rasulullah TAK PERNAH buat, tapi menjadi sunnah untuk kita buat, contohnya, solat sunat sebelum dihukum bunuh.
Jadi, apa saja perlakuan Rasulullah SAW, perlu ada konteks bagi kita memahaminya. Contohnya, kalau persetubuhan antara suami/isteri, diberitakan sunat kalau dilakukan dibawah selimut.
Tapi kita tak tahu rupa-rupanya rumah-rumah Arab di zaman Nabi kita dulu, yang beratap cuma ruang tamu. Bilik tidur jarang beratap, jadi terus nampak langit dan bintang kalau waktu malam. So kenalah ada cover kalau nak berjimak. Samalah juga dengan mandi telanjang. Kalau mandi beramai-ramai, tak boleh mandi telanjang (dulu rumah mandi biasanya dikongsi (hammam)). Sekarang, kita ada bilik mandi ekslusif, jadi apasalahnya mandi bogel. Diberitakan Sayidina Usman RA punyalah penyegan dia tak akan angkat punggung dia masa mandi: Iyalah dah dia mandi depan orang.
Banyak di antara hukum-hukum fekah kita dapati dia tak relevan sebab konteks dah tak sesuai atau tak betul. Fekah memerlukan konteks (context). Makan babi hukumnya harus kalau darurat. Inilah contoh context.
Poligami, pun masalah fekah. Mengerjakan solat, masalah fekah. Keistimewaan fekah ialah dia ada kelonggaran.
i know it's hard for the first wife, but it's not easy for the second, third or even the forth one. orang kata sape suruh cari nahas kan..but jodoh is somethg that we cant avoid of. it's not easy......
Post a Comment