Sunday, October 21, 2007

Poligami.

Dulu, saya pernah terbayangkan, hidup saya ni ditakdirkan untuk bermadu. Sebab, dulu, saya bercinta dengan seorang lelaki yang baik, tetapi saya terlalu fokus dengan kerjaya. Pernah saya nyatakan pada dia, "Lepas kahwin nanti, I akan benarkan you kahwin lagi". Dia pula berjanji, takkan ambil isteri lain. Saya memikirkan hal dia. Dia baik tapi saya pasti tak terlayan dia. Lagipun, saya tak pandai masak, kerja tak tentu masa. Baik jugak lah kalau saya berkongsi kasih. Tak ade lah saya berdosa sangat nanti kalau saya tak ada masa nak uruskan suami. Pass aje dekat isteri lain...

Belum sempat pun kami berkahwin, dia bercinta dengan orang lain. Masa itu, barulah saya paham. Walaupun saya kata berkata pada diri saya, saya rela bermadu, tapi bila dah betul-betul terkena, memang sakit. Syukur juga, belum kahwin lagi kan...He chose her over me lagipun...

Betul kot pilihan dia. Perempuan tu baik. Tak salah apa pun. Saya ni je yang tak cukup bagus untuk ex-boyfriend saya. Tapi, sampai sekarang ni perempuan tu tak tahu apa yang pernah berlaku sewaktu dia syok bercinta dengan ex-boyfriend saya tu. Kawan saya suruh bagitau, saya tak mahu. Biarlah...Sudah bahagia...Saya tak mahu musnahkan.

Fast forward, I am now in love with my current boyfriend.

Entah macam mana, mentaliti dan prinsip yang saya pegang dulu (ie: tak apa jika suami berkahwin lagi) dah tiada. Mungkin sebab betul-betul sayang, sampai tak sanggup berkongsi.

Tapi sejujurnya, tak pulak saya pandang hina pada isteri-isteri lain, cuma kasihan pada isteri pertama, lebih-lebih lagi kalau tiada salah, tiada cacat cela.

Biarlah, it happens to other people, but not to us. Although I know, I cannot control this, who knows what future lies for us.

Tadi saya baca http://cintarahsia.blogspot.com/

Kisah isteri kedua.
Dulu pernah terjumpa satu blog isteri kedua, saya tak suka, saya tak ingat pun alamat blog dia.

Saya ni, kalau jenis baca blog, suke baca dari awal sampai akhir. Jadi, blog yang saya dah lupa pon alamat dia tu, saya memang tak setuju, bukan berdasarkan satu entry saja, tapi berdasarkan archive die yang saya baca semuanya.

Blog Puan Suri ni, saya tak ade lah bersetuju sepenuhnya. Ade juga part-part yang saya tak setuju.

Kadang-kadang bergenang air mata saya membaca blog itu. Terbayangkan diri jika berada dalam situasi yang sama, jika berlakunya suami saya kahwin lagi. (Oh, walaupun hakikatnya, saya masih belum berkahwin.)

Tapi, tak baik kutuk-kutuk, hina-hina orang...Takut terkena dekat batang hidung sendiri...Dan kadang-kadang, orang yang kita kutuk-kutuk dan hina-hina itu, lebih mulia dari kita kerana imannya.

Terus terang saya katakan, iman saya ni nipis. Solat lubang-lubang. Itu pun tak khusyuk. Tak tutup aurat, pergi clubbing, bergaul bebas. Jadi, mereka semuanya sememangnya lebih baik dari saya.

Hujah-hujah Puas Suri ada asas, contohnya, dalam Islam, tak ada isteri pertama, kedua, ketiga, keempat, yang ada cuma isteri-isteri. Itu saya setuju.

Tapi dia cakap,

"Lelaki yang dah berkahwin punya kestabilan yang lebih dari segi mental, emosi dan ekonomi. Mereka jugak lebih sabar melayan karenah wanita, berkat pengalaman melayan isteri. Haha.. Lagipun, biasanya lelaki yang baik-baik ni cepat je diambil orang, jadi suami orang, maka sebab mereka ini lelaki yang elok dan baik, wanita lain pun inginkan mereka."

Kadang-kadang, macam tak adil kan? Sebab, waktu suami susah-susah dulu, belum stabil, isterilah yang mula-mula tolong. Tapi bila dah senang, banyak pulak perempuan yang jatuh hati.

Kasihan.

Tak marah pun pada perempuan-perempuan yang jatuh hati pada suami orang. Biasalah, manusia, perempuan, mahukan seseorang yang boleh jaga dia, stabil. Saya pun paham juga...Tak hina pun...

Tapi kasihan....Macam saya cakap tadi, saya tak marah, tapi kasihan. Saya bayangkan saya si isteri, mesti terasa hati.

Saya bayangkan saya seorang anak, saya pun tak mahu ayah saya kahwin lain, ada anak dengan perempuan lain.

Tapi apa nak buat kalau benda nak jadi, jodoh, qada' dan qadar.

Lagi satu, cinta ni kan kena ade respons dari kedua-dua belah pihak. Jangan salahkan sebelah pihak saja...

Anyway...

Puan Suri ni isteri rahsia...

Kasihan kan?

Kasihan dua-dua.

Kasihan dekat isteri pertama, kasihan dekat isteri kedua.

Bayangkan, kalau isteri pertama tiba-tiba dapat tahu, mesti rasa tertipu. Suami bertopeng. Bercengkerama dengan orang lain. Mesti rasa rendah diri juga. Kenapa perlu seorang lagi? Kalau aku isteri yang baik, aku patut dah syak, dan boleh bau benda ni awal-awal!

(Tapi mungkin juga dia dah tahu tapi buat-buat tak tahu...Mulianya...Sakit tapi tahan sendiri, display a happy face pretending like it doesn't hurt, just so not to hurt anybody, especially yourself. Macam Puan Guile awal-awal dulu...Atau pun mungkin sebab masih in denial. Tak mahu percaya benda tu benar-benar berlaku.)

I think, benda-benda macam ni, memang better keep it low. I mean, things we don't know, won't hurt, kan?

Yang si isteri kedua pula, memang tak ade pilihan, kena live with the consequences. Dah tahu pun what lie ahead, tak boleh nak complaint lebih-lebih.

Tapi kan, kenapa mesti melukakan? Kadang-kadang saya rasa, kan lebih elok terseksa sendiri daripada menyeksakan orang lain.

Hahaha! Cakap senang! Love is selfish itself.

Contohnya, macam isu saya ni.

Ramai orang cakap, saya selalunya mementingkan orang lain lebih dari kepentingan diri sendiri. I agree so too.

And now, it is time for MY happiness, that's why I feel very strongly to marry my boyfriend. I deserve to be happy too...

Teringat cerita kawan. Seorang doktor yang BARU berkahwin melanjutkan pelajaran ke luar negara, meninggalkan isteri jururawat dan seorang anak yang masih kecil. Isteri tidak ikut berhijrah. Tak tahu kenapa...(Suami tak bagi, tak cukup duit, jaga anak, sebab kerjaya mungkin?)

Sudah habis belajar, suami pulang ke tanah air dengan seorang perempuan untuk dinikahi.

Sekali lagi saya kasihan.

Isteri yang setia menanti, membesarkan dan menjaga anak yang masih kecil itu, seorang diri, dengan harapan suaminya pulang dan hidup gembira, tapi suaminya pulang membawa seorang wanita lain yang jauh lebih hebat darinya.

Mesti terasa rendah diri...

Beliau memberi keizinan, suami dan wanita itu pun melangsungkan perkahwinan dengan meriah dan besar-besaran.

Perlu jadi wanita yang betul-betul tabah untuk hadapi semua itu kan...

Keluarga lelaki itu pula berbelah bahagi, tapi nak buat macam mana...Cara mereka deal with the situation? They distant themselves, mereka tak mahu memilih.

Kasihan si isteri pertama, keseorangan bersama anak yang masih kecil. Hubungan dengan keluarga suami pun jadi longgar. Mungkin masing-masing tak tahu macam mana nak deal dengan situation yang awkward ni.

Kadang-kadang, poligami ni complicated. Banyak perasaan yang perlu dijaga. Melibatkan orang lain juga. Jadi, kena fikir sebelum buat keputusan.