I selalu berebut tengok TV dengan husband. My husband asyik tengok sports channel je...Kalau semalam dah tengok, hari ni ada ulang tayang pun boleh tengok lagi, excitement sama level. I pun pelik. Kalau I, I tak suka buat kerja dua kali. Kalau dah tengok satu episod, dah lah, tengok cerita lain pulak.
Hari ni ada kursus, so balik rumah awal. Dapat tengok TV tanpa gangguan. First time tengok The Challenger Muaythai. Sebelum ni tak pernah rasa nak tengok pulak. Rupanya buat dekat Malaysia and ada Malaysian contestant. Lepas tu dia sembahyang pulak tu, jadi I suka. Hehe. Ada contestant dari Thailand. Dia menang last week, hadiah dia dapat jalan-jalan pergi iCity. Ek eleh, iCity...Haha!
I ni semangat Asia sikit, akibat kena brainwash dari zaman Dr. Mahathir, dasar pandang ke Timur. Jadi, apa-apa, memang I support orang Asia. Tak hairan lah dengan orang putih, kita pun hebat apa! Tapi I tak lah obses, I masih guna English, ada juga barang I pakai Western brands...
Lepas tu I semangat orang susah. Kiranya, I lagi respect orang-orang yang berjaya yang datang dari keluarga susah dan miskin...
So, anyway, Faizal dari Malaysia tu menang kali ni, kalahkan Jesse dari Canada. I harap Faizal menang USD100000 tu, tolong adik beradik 11 orang. I bet orang putih tu semua macam, fuiyo, ramainya adik beradik engkau Faizal! Haha!
-------
Beberapa minggu lepas musim orang balik Haji.
Bersempena itu, I asyik teringat dekat arwah Daddy saja. Dia meninggal 4 hari lepas balik Haji. Dia batuk-batuk, ingatkan batuk-batuk biasa. Tak sempat sampai ke hospital pun, meninggal dalam tidur.
Lepas tu saya baca blog Cacah, http://directlyme.blogspot.com/
Dia pun baru kehilangan ibunya yang baru pulang dari Mekah. Jadi saya pun tumpang sedih.
Jadi saya doakan haji mereka semua mabrur dan mereka dapat berehat-rehat dalam Syurga.
--------
Hari tu, I attend wedding kawan I.
Anyway, first time I pergi wedding yang ada drag show y'all! Haha. It was so much, a lot of screaming and dancing. Actually, pengantin tu kena prank oleh rakan-rakan pengantin lelaki. Tak guna betul. Konon ada special performance, tengok-tengok yang keluar drag queens yang inappropriately sexy gila, nyanyi sampai lima buah lagu.
Lepas tu, biaselah, drag queens kan attention whores, dia pergi 'boobbanging' dengan pakcik-pakcik, yang kepala botak kena usap. (Bukan headbanging, tapi boobbanging). Menjeritlah kami...Lelaki-lelaki di meja kami dah ready kaki, kalau datang dekat nak lari. Tapi I tahu, dalam hati meronta-ronta nak dibelai kan...Haha...
Last-last, pengantin lelaki pula buat Gangnam dance untuk pengantin perempuan. Comel.
Dulu, I pernah attend wedding yang I rasa inappropriate jugak sebab ada dancers pakai skirt pastu I don't know lah, memang tak kena...Tapi yang ini lagi over!
I juga pernah attend wedding yang ada magic show...Like, apakah! Circus ke apa, ada magic show pulak. The magician siap promote suruh beli buku dia.
Tapi itulah trend masa kini. Semua orang pun nak wedding yang lain dari yang lain, nak extra special, nak yang memorable. Jadi kreatif.
Recap balik, I dengan husband I kan datang dari dunia yang berbeza. Jadi, rakan-rakan kami pun dari dunia yang berbeza. I selalu kutuk kawan my husband sebab I rasa diorang tu sesuatu laaa....Haha, tak semualah tapi...
So, komen dari husband: Kawan-kawan you ni peliklah, Ectopy!
Eh, kawan I tak pelik okay, kawan you tu yang kampung, not fun at all!
--------
Oh, I dah collect dah hadiah yang I menang tu. Dapat 3 bags in total. As long as they are free...!!!
Satu tu iPad organizer, which, well, I tak ada pun iPad tu.
Satu lagi tu dapat baby bag, which, well, I tak ada baby pun.
Satu lagi tu passport holder and bag tag.
I beritahu kawan I, dia cakap, "Itu tandanya you kena beli iPad and ada baby cepat-cepat!"
Ye lah tu. Dulu I percaya juga dengan tanda-tanda ni. Kalau letih sikit, I ingatkan mungkin dah lekat. Kalau rasa nak muntah sikit, I ingatkan dah pregnant. Kalau demam sikit, I ingatkan mengandung dah.
Eleh, semua tu emosi je!
Haritu, dekat Facebook, ada orang ni tulis, "Orang yang tak mengandung atau tak pernah mengandung, takkan paham perasaan orang yang mengandung."
Okay, fine lah you tu fertile. Tapi tak perlulah tulis macam tu, sebab I terasa tau. I pun teringin juga nak paham perasaan orang pregnant...
Ibarat you cakap, "Orang yang tak pernah give birth through the vagina, pakai C-sect je, takkan paham perasaan orang yang go through vaginal birth."
Hah? Cuba fikir perasaan orang tu? Adakah dia minta untuk suka-suka C-sect? Tidak kan...Jadi, sebelum berkata apa-apa, sebelum tulis apa-apa, kena hati-hati.
Tapi I maafkan.
Dan I pun dah jarang nak meroyan nak baby sekarang. I think I've come to terms that this is my dugaan dari Tuhan. I redha. Sedangkan, lagi banyak lagi I boleh enjoy. I have a good husband, walaupun I tak kaya gila, tapi I juga tak miskin. I ada kesihatan yang baik. Muka I tak buruk, I tak bodoh, I tak pernah hidup susah, I dah banyak peluang berjalan-jalan ke luar negara, I tak perlu hidup di negara yang selalu berperang atau banyak bencana alam, kawan-kawan I best...
There a lot to celebrate by being me, so what kalau I tak ada anak. Itu dugaan I, dan I doa supaya I dapat menghadapi dugaan ini dengan sukses! Haha.
--------
Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi ni last untuk kali ini okay...
I selalu rasa I mempunyai kulit kaki yang cantik.
Saya ada parut di lutut kanan, tapi other than that, I rasa kaki I cantik. Kalau orang tanya, dalam banyak-banyak anggota badan you, you suka yang mana, I akan jawab, kaki I!!!
Tapi, beberapa hari lepas, saya dah jumpa satu lagi yang dapat dibanggakan!
Gigi I!
Dulu-dulu, ramai dah dentist cakap I mempunyai gigi yang sihat. Gigi I tak cantik, tapi sihat. Jadi kena bezakan tu...Gigi I tak perfectly lurus, tapi gigi I tak ada lubang, tak ada plague. Gigi I tak ada patch patch hitam/ putih akibat kesan tampalan gigi.
Disebabkan telah mendapat pujian beberapa kali daripada doktor gigi yang berlainan, jadi dengan yakinnya, saya men declare bahawa, I'm proud of my teeth!
Bila kita dah makin tua ni, kita lebih senang menerima diri kita seadanya, kan?
Dulu, I tak suka warna kulit I sebab I rasa hitam. Sekarang baru I sedar, I tak hitam, malah I agak fair, cuma dulu-dulu mak I kata I hitam nak elak dari I main panas. Lagipun dulu I compare dengan my sister and cousin cousin I yang putih melepak tu...
Dulu, I tak suka my wavy curly hair sebab semua orang pun rambut lurus. Tapi sekarang dah appreciate, rambut I ni ada character, and people pay a lot of money to achieve this look.
Dulu tak suka sebab orang selalu komen I kurus sangat sampai terkeluar tulang. Tapi sekarang dah gemok sikit, masih ada tulang tu. Eh, tu namanya high cheekbones lah!
Cuma sekarang I masih belum dapat menyukai my flat nose yang macam jambu batu ni! Haha.
Husband I cakap, kalau ada anak, minta minta jangan turun genetik hidung penyek I. Cissss...
2 hours ago
3 comments:
ectopy,
thanks for the mention, thanks for the thoughts and prayers ;)
insyaAllah. semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan berehat2 di tempat yang lebih baik.
i rasa u sgt lucu.btw, hi ectopy :)
Post a Comment