Saya suka dengan tulisan orang ini tentang perhimpuan gelombang kuning baru-baru ini.
Saya mahu negara saya aman damai.
Saya sedih melihat negara saya huru hara.
Ramai yang berkumpul untuk suka-suka.
Ramai juga yang berkumpul membawa kanak-kanak.
Ramai yang berhimpun mahu menegakkan keadilan.
Tapi berapa yang berhimpun untuk di masjid untuk menunaikan sesuatu yang wajib?
Ramai yang menjerit-jerit.
Tapi berapa yang berdoa?
Ramai yang benci polis.
Sila jangan benci polis.
Polis hanya menjalankan tugas.
Tapi jangan kata mereka anjing yang mengikut kata.
Jangan hina mereka.
Polis juga manusia.
Tidak semua orang sehebat kamu, para jurutera, para peguam, para profesional sekalian.
Kamu mampu belajar tinggi-tinggi kerana kamu dikurniakan minda yang cerdas.
Kamu mampu belajar tinggi-tinggi kerana kamu punya wang untuk ke kelas tambahan supaya dapat bantu kamu dapat keputusan yang cemerlang.
Kamu mampu belajar tinggi-tinggi kerana kamu datang dari keluarga yang sentiasa mendorong kamu untuk berjaya.
Tidak semua orang bertuah seperti kamu.
Jadi jangan hina orang lain jika kamu tak pernah merasai kesusahan orang lain, paling tidak, cuba untuk memahami kesusahan orang lain.
Kamu berjaya sekarang ni pun, entah-entah sebab bapa kamu dapat tender-tender sebab berbaik-baik dengan menteri, kan?
Jangan hina orang lain, nanti terkena batang hidung sendiri.
Jangan ajar budak-budak untuk hina orang lain.
Bayangkan perasaan anak-anak polis apabila mereka mendapat tahu bahawa ramai orang benci ayah dan/ atau ibu mereka kerana polis jahat.
Jika polis jahat, tentulah generasi akan datang tidak bercita-cita hendak jadi polis.
Jadi, siapa mahu jadi polis?
Ramai orang tidak bersyukur dengan kedudukan mereka.
Ramai orang marah-marah bila harga tol naik, harga minyak naik, harga tepung naik, harga bil air naik.
Kerajaan pula guna duit rakyat menghantar orang pergi ke angkasa, memang tak patut!
Tapi, kenapa masih ramai orang sanggup beli rokok yang mahal?
Kenapa masih ramai orang sanggup beli arak yang mahal?
Kadang-kadang kita terlupa bahawa ada sesetengah rakyat di benua Afrika yang kebuluran.
Ada sesetengah rakyat negara China yang bekerja siang malam di kilang-kilang tapi diberi gaji yang terlalu sedikit semata-mata kita mahukan barang yang murah!
Kamu tidak rasa syukur dengan kos perubatan yang begitu rendah di negara ini?
Begitu rendah sehinggakan gaji para doktor yang kekurangan pun tidaklah setinggi mana.
Kalau ikut logik, bila produk berkurangan, demand tinggi, harga patut melambung!
Manusia kalau tak bersyukur, memang tak pernah puas.
Kalau tak tahu bersyukur, Tuhan pun tak hendak tolong.
Islam pula menyarankan kita untuk berwasatiah.
Wasatiah itu maksudnya berpada-pada.
Jadi janganlah fanatik terhadap sesuatu parti atau ideologi (tidak kira samada sayap kanan atau kira), berpada-padalah...
Ramai cakap Pak Lah suka tidur.
Jangan hina orang lain.
Kamu pernah jadi Perdana Menteri?
Kamu berbual-bual di mamak sampai lewat malam, bila pagi menjelma, kamu mengantuk, kamu tidur.
Kamu pernah fikir, mungkin Perdana Menteri penat memikirkan masalah negara?
Kamu tahu berapa jam Pak Lah tidur setiap hari?
Kalau tak tahu, jangan hina orang lain.
Cuba bayangkan, kamu seorang lelaki 60 tahun.
Cergas lagikah kamu? Masih energetik?
Hormatilah beliau kerana beliau pemimpin kamu.
Jika kamu sendiri tak hormat pada pemimpin sendiri, siapa lagi?
Sekurang-kurangnya, hormatilah beliau sebagai orang yang lebih tua, lebih 'wise' dari kamu.
Jika kamu rasa you could do a better job than him, why don't you join the election and compete to become the next Prime Minister
Sekadar nak mengingatkan jangan menghina orang lain.
Jangan banyak merungut, jangan kuat complaint, jangan kuat whining, banyakkan bersyukur.
Kalau nak mengubah dengan cara yang berkesan, perlu ada etika. Tunjukkan teladan yang baik. Jangan jadi jahiliah.
Ingatlah wahai pembaca sekalian.
A small, black dot on a piece of white paper.
What do you see?
You say, "A small, black dot!"
I say, "What about the rest of the white paper? Don't you see it?"
Manusia memang mudah nampak yang negatif walaupun kecil.
Tapi perkara-perkara positif yang banyak-banyak susah nak lihat, kan?
Sekarang tak apa, negara masih selamat (agaknya), masing-masing ada pendapat sendiri.
Saya cuma berharap, kalau ada tentangan dari musuh luar, kita warganegara mesti bersatu padu. Lupakan sengketa lama OK?
2 hours ago
2 comments:
simple, and yet these are true facts easily forgotten by people. i like this post. :)
well-written!!
thanks...
Post a Comment