Thursday, October 23, 2008

Siri bercakap dengan diri sendiri

Dalam dunia blog ni ada macam-macam.
Tengok orang shopping barang mahal-mahal, alamak, terasa macam seronok pula. Terus fikir, "Wah, kayanya mereka ni...Bilalah saya nak jadi kaya, boleh beli bla bla bla."
Tengok orang melancong, pergi sana-sini, naik first class pula tu!
Kereta besar, rumah cantik, si penulis pun cantik rupawan...

Kehidupan yang ala-ala sempurna.

Bukan seorang dua, ramai pula tu!
Baguslah, dikurniakan rezeki yang murah. Orang Malaysia ni ternyata ramai juga yang kaya-kaya rupanya...

Saya? Suami kaya pun tak ada! Sampai kadangkala, saya pula sedih meratapi nasib, "Kenapalah saya ni tak kaya-kaya..."

Tapi sebenarnya, hari ini saya sudah terlupa.
Setiap orang mempunyai target dalam kehidupan masing-masing.
Dahulu, sewaktu saya dalam lingkungan awal 20-an, saya telah membuat keputusan tentang cita-cita saya.
Saya memang berharapkan supaya saya tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin.
Saya hanya mahu membantu orang yang dalam kesusahan. Itu memang impian saya. Target saya bukan untuk menjadi kaya raya. (Jika saya target untuk menjadi kaya, tentunya saya tidak akan memilih bidang yang saya ceburi sekarang ini sebagai punca pendapatan!)
Saya sudah pun berfikir secara matang dan mendalam kenapa saya tidak mahu menjadi seorang 'millionaire'. (Mesti fikir apa yang kamu mahu dalam kehidupan supaya tak tersilap doa.)
Kenapa saya tidak mahu jadi kaya raya? Saya seorang sahaja yang tahu, tak perlulah saya tulis di sini buat masa sekarang.

Memang agak 'tempting' jugalah kalau dikelilingi dengan orang-orang senang.
Ada seorang rakan saya pernah bercakap, "Don't blame me for being materialistic. Look at our friends...They are all rich. It's not my fault if my friends are wealthy, it's not like I only choose rich people to be my friends, dah memang kawan I kaya, nak buat macam mana kan! So, suami I pun mestilah kaya juga!"
Yup, totally understandable.

Sebenarnya, bagi saya, saya dah cukup kaya, tapi apabila membandingkan diri dan tengok orang lain, eh, macam tak cukup pula. Biasalah, manusia...
Namun, saya sedaya upaya hendak berpegang kepada prinsip hidup saya.

Mereka semua buat saya terpengaruh. Saya mesti tepis semua anasir ini supaya saya tidak tersasar dari cita-cita saya yang sebenar! Itu jalan yang saya pilih.

Sampai kadang-kadang, saya perlukan a 'constant reminder', "Saya punya 'goal' dalam kehidupan bukan menjadi kaya. Ingat tu, Ectopy!" saya jerit dalam hati.

Saya selesa dengan diri saya dan barang-barang yang saya ada sekarang walaupun tidak seberapa.
Hakikatnya, jika saya menjadi kaya raya sekalipun, saya tetap tak sampai hati nak berbelanja ribu-ribu, haha!
Mungkin, pada pendapat saya, saya lihat orang berada ni hidupnya senang dan gembira, jadi, tak hairanlah jika saya pun mempunyai keinginan sedemikian sekali-sekala.
Sedangkan saya tahu bahawa diri saya sendiri tidak akan beroleh kepuasan dengan cara itu. Itu kepuasan yang dicapai untuk orang lain, bukan untuk saya.
Kepuasan saya dalam bentuk yang lain. Saya cuma mahu membantu orang, saya tahu saya akan puas jika saya membantu orang.

Bagaimana saya tahu? Sebab saya pernah membeli barang yang mahal. Tetapi, akhirnya, saya hanya teruja sekejap sahaja. Saya langsung tak pandai nak menghargai barang itu.
Memang sah, pembelian itu terhasil dari 'peer pressure' atau nafsu semata-mata.

Oleh itu, hari ini, sekali lagi, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri,
"Saya punya 'goal' dalam kehidupan bukan menjadi kaya. Ingat tu, Ectopy!" saya jerit dalam hati.

3 comments:

miss sha said...

i pon slalu terfikir mcm tu!

miss sha said...

hi,i dah tukar my blog add and the new add is http://pissedjalapeno.blogspot.com
so nnt make sure u tukar my blog add kt link tu,coz i want u to read my blog.to be honest,i think a blog will be too boring w/out any comment lah!

Anonymous said...

okay. sweet lah you ni!