Saturday, September 20, 2008

plagiarised joke.

Because it is the holy month of Ramadhan...

-

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami, "Yerr kerr. Tak apa, malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan...Bang...". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "Banggg, jom kita bunuh syaitan...Bang...".
"Takpe...tunggula malam," jawab si suami.

Esoknya si isteri berkata "Banggg, jom kita bunuh syaitan...Bang...".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "Banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba-tiba marah dan berkata
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang!!"

-

Click below if you are interested in the topic:

Poligami Rasulullah SAW Bukan Ayat-ayat Cinta.

2 comments:

the artist and i said...

hahahahha..

*ngeri

Madam Tai Tai Again said...

Ha..ha..ha.. I think either the wife is very amorous or she is one clever lady who knows how to keep her man from playing the field. Btw, tak penat ke dia basuh rambut tiap2 hari???