9) Saya tak suka orang yang beritahu kepada remaja bahawa SPM itu tidak penting. Tahukah anda, ini akan membuatkan mereka memperlekehkan ujian itu?
Pada pendapat saya, SPM itu sangat penting. Walaupun keputusan SPM dapat diabaikan, tetapi SPM itu menyediakan kita untuk menjadi dewasa dan menghadapi zaman universiti. Sewaktu SPM, kita belajar bahawa kadang-kadang, walaupun kita belajar bersungguh-sungguh, kita masih boleh breakdown, things could still not go our way, it's called life.
SPM mengajar kita erti ketakutan menghadapi masa depan. SPM mengajar kita erti you have to face the consequences if you didn't try hard enough.
How could you tell these children SPM is not important? They don't need to know about that fact until after they sit for the exam! I will never tell my children not to study for their SPM, you moron. (Harap-harap, tidak ada orang merasa pedas dengan random fact nombor 9)
Apabila mereka bersedih dengan keputusan tidak seberapa, sewaktu itu barulah diberi kebenaran untuk memberitahu mereka, "Dear, this is not the end. Don't let this SPM results stop you from achieving your dreams."
Ramai juga anak-anak yang belajar bersungguh-sungguh untuk SPM, have you ever thought how these children feel when you tell them their results meant nothing?
Tolong jangan beri ajaran yang bukan-bukan padahal anda baru je fikir anda telah cukup pengalaman hidup.
10) Orang rasa saya kuat, tapi kadang-kadang, saya sebenarnya lemah. Orang rasa saya bijak, tapi sebenarnya saya tidak sebijak yang mereka sangka. Orang selalu fikir saya seorang yang cantik dengan nama, suara dan gaya percakapan saya sebelum bersemuka dengan saya.
Saya lebih suka jika orang underestimate saya rather than I underdeliver from what is expected.
Ini merupakan salah satu keburukan bersikap yakin diri sehingga orang lain think overly about you.
Saya lebih suka jika saya tidak tahu tentang apa yang orang yang fikir tentang saya. Ignorance is bliss. Sekarang, sejak saya mendapat tahu tentang hal-hal yang disebutkan tadi, saya menjadi lebih conscious dan ini menjadikan saya kurang confident.
11) Teman lelaki saya cakap dia jatuh cinta pandang pertama terhadap saya. Saya tidak percaya. Saya percaya dia jatuh suka pandang pertama, tapi jatuh cinta selepas beberapa bulan mengenali saya. Dia menangkis kenyataan saya dan re-phrase what he said, dia jatuh suka pandang pertama terhadap saya, jatuh cinta 30 minit selepas itu dan made a resolution to himself that he will make me his wife two weeks after that.
(Kami go steady about two months after we know each other's name tapi saya masih belum dijadikan isteri walaupun dah bertahun kami bersama.)
Saya masih tak percaya dengan love at first sight. Ada orang boleh jatuh cinta sedangkan dia belum kenal saya sepenuhnya waktu itu? Macam tak mungkin...
12) Saya tak faham bagaimana sesetengah orang dewasa sangat suka membaca buku-buku chick-lit terutama buku Shopaholic or whatever it is called. Movie chick-flick, okay lagi...Tapi buku chick-lit...Sungguh allergic.
Saya pernah cuba sekali, saya sungguh tidak suka dan marah kerana saya telah menghabiskan masa saya dengan buku picisan tersebut. Terlalu marah kerana such an insult to my brain...
13) Apakah yang benar-benar saya mahukan? Contentment, happiness.
Apakah yang dapat membuat saya content dan happy? Tidak tahu.
Tapi jika saya diberikan pilihan dan peluang untuk menjadi apa saja yang saya mahukan, apakah yang akan saya pilih?
Saya memilih untuk meninggalkan bidang saya dan mengasaskan sebuah charity shop.
Sesiapa saja boleh menderma barang di kedai saya dan barang-barang itu akan dijual dengan harga thrifty dan semua keuntungan akan didermakan.
Kenapa? Sebab some people have too much good stuff tapi akhirnya barang-barang itu akan dibuang.
14) Saya juga bercita-cita untuk mengasaskan sebuah pusat recycling yang proaktif. Ini bermakna, saya mahu berkempen, make a difference, menyediakan lori-lori untuk kemudahan orang ramai supaya mereka turut serta untuk recycle barang-barang harian for a cleaner, better Earth.
Saya sangat sayangkan bumi kita.
Bila agaknya saya akan mendapat keberanian ini?
15) Saya selalu tertanya-tanya bagaimanakah perempuan perempuan zaman dahulukala menghadapi haid? Pakai apa? Guna apa? Bagaimanakah perempuan perempuan yang tinggal di negera sejuk menyucikan diri apabila datang bulan? Tidak sejukkah? Air panas hanya available untuk orang-orang kaya, bagaimana pula perempuan perempuan miskin?
Saya sedang period.
16) Saya suka makanan berkuah.
1 hour ago