Thursday, December 25, 2008

8 dulu, 8 nanti

Lagi tag. Kadang-kadang rasa macam leceh pula tag ni.

Tag ini bertajuk 16 Perkara Rawak:

Syarat dan peraturan:
Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Di tag oleh tidak lain dan tidak bukan: crookedlittlemind.blogspot.com

1) Sedar atau tidak, dalam filem Twilight, walau bandar yang kecil dipenghuni oleh lebih kurang 2000 orang, namun tetap ada orang berbangsa Cina. Bukan seorang, tapi lebih dari itu! Ini mengukuhkan lagi teori orang Cina berada di mana-mana, even fictionally.

2) Saya seorang yang agak tertib dengan penggunaan tatabahasa yang melibatkan perkataan 'Ia'. Secara rasminya, berdasarkan cikgu Bahasa Melayu silibus PMR dahulu, 'Ia' hanya digunakan untuk kata ganti nama bagi orang, bukan benda atau/dan haiwan. Jadi, perkataan 'Ia' dalam ayat di atas, "Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana ........" adalah salah sama sekali. Salah satu contoh ayat yang betul ialah "Ketahuilah, jika anda terpilih, itu adalah kerana...." Perkataan 'itu' boleh juga digantikan dengan perkataan 'ini'.

3) Sudah beberapa kali saya gagal on paper. Saya kenal seseorang yang sepanjang hidupnya sehingga A-Level, beliau sentiasa mendapat straight As (beliau mengambil 4 killer subjects untuk A-Level), he did not even fail his ujian lesen memandu dan menunggang motosikal! Hakikatnya, agak ramai orang yang saya kenal yang tidak pernah mendapat B sebelum peringkat A-Level, tapi dalam kes sekarang, seseorang itu sangat rapat dengan saya dan saya kagum dengan beliau sebab (a) beliau lelaki, (b) tidak nerd malah agak good looking, (c) Melayu dan bukan a direct mix breed, (d) subjek yang diambil bukan subjek easy peasy, (e) tidak pernah ke kelas tuisyen

Selepas masuk universiti, beliau tidak pernah sekalipun gagal dan tetap top scorer dan kadang-kadang saya agak jealous with respect dengan kejayaan beliau (sampai sekarang, tapi kadang-kadang saja).
Bagi menenangkan perasaan sendiri, saya fikir, "Tidak ada orang di dunia ini yang tidak pernah gagal." Lalu saya pun fikir, bidang apakah yang bakal beliau gagal? Bagaimanakah beliau akan menghadapi kegagalan itu sebab beliau tidak pernah gagal sebelum ini?
Mungkin, gagal on paper lebih baik daripada gagal dalam perkahwinan, kan?

4) Ya, saya seorang kawan yang kurang baik. Ada patut saya fikir bila tiba masanya untuk kawan gagal! Seolah menunggu saja. Tapi deep down, saya sayangkan beliau sebab beliau seorang lelaki yang baik dan fun to be with. Kalau dia gagal pun, I will always be there for him.

5) Saya mempunyai pergelangan tangan yang kecil sebab rangka saya kecil. Walaupun kamu lebih ringan dari saya, tapi jika dibandingkan pergelangan tangan kita, saya punya tentu lebih kecil (selepas ditarik-tarik daging di sekitar pergelangan tangan untuk melihat saiz tulang pergelangan tangan).

Nak lawan?

Juga, ini punca kenapa saya kelihatan lebih tembam dari BMI sebenar. Jika anda letak saya di sebelah orang yang mempunyai ketinggian dan berat yang sama dengan saya, saya akan tetap nampak lebih tembam dari orang itu sebab rangka saya kecil.
(Jangan keliru dengan orang yang nampak besar berbanding BMI sebenar mereka sebab mereka berangka besar. Kata kunci di sini adalah 'tembam' dan 'besar', dua perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza)

6) Tapi malangnya, saya agak buncit. Perlu buat sit-up. Tapi sit-up itu meletihkan dan belum tentu saya akan membuat sit-up secara tertib dan efektif sebab sit-up memerlukan teknik yang benar-benar betul untuk mendapatkan keputusan yang terbaik! Saya tidak mahu merisikokan tulang belakang saya!
Jadi, saya tidak buat sit-up dan terus buncit.

Mother cakap saya buncit sebab suka minum air in between apabila sedang makan dan saya suka minum air sejuk pada waktu pagi lalu mengembangkan perut saya.
Saya argue cakap, "Orang putih tu minum juice oren sejuk setiap pagi, elok je..."

7) Saya memang degil dengar nasihat orang. Saya degil dalam banyak hal. Akibatnya, tengok, saya buncit. Bagi melegakan perasaan sendiri, saya rasa kebuncitan saya merupakan ala-ala 'muffin top' (sila google image jika tidak faham) yang sebenarnya sangat comel pada pandangan sesetengah lelaki, asalkan jangan terlalu melimpah.

Hakikatnya, 'muffin top' bukan lemak berlebihan di perut bahagian depan sahaja! Itu 'buncit' namanya...

8) Saya masih mengalami masalah jerawat walaupun telah dewasa tapi menariknya, it doesn't bother me that much.
Saya sungguh pelik sewaktu usia saya 17 tahun, seorang rakan saya telah mandapatkan rawatan doktor untuk masalah kulitnya. Saya tanya, "What's wrong with your skin?" Jawapan kawan saya, "You tak nampakke jerawat I dekat dahi and pipi ni? Banyak! My mom pun risau sungguh!"
Saya pun mengecilkan mata saya dan tenung betul-betul bintik-bintik pada muka beliau yang sebenarnya sungguh microscopic size!
Kalau kulit mukanya dikategorikan sebagai masalah jerawat yang serius sehingga perlukan preskripsi dari doktor, habis tu, kulit muka saya ni kategori apa pula! Kategori kawah dekat bulan?

Saya juga agak berasa agak bertuah sebab I don't depend on my looks that much. Walaupun berjerawat, saya tetap bersosial gembira.
Sewaktu umur saya 19 tahun, saya mempunyai seorang kawan yang secara tiba-tiba, jerawat tumbuh di muka menyebabkan mukanya kemerah-merahan dan tidak selicin dulu. But to me, not too severe lah, I've had worse.
Anyway, perkara ini telah membunuh self-esteem kawan saya sehingga beliau mendapatkan rawatan beribu ribu ringgit (considered as a large amount at that time), siap ibunya memberi warning kepada si perawat, "I mahu muka anak I clear within one month!"

Panjang pula fakta rawak nombor 8 ni. Kesimpulannya, saya sungguh kasihankan orang-orang yang terlalu mementingkan kecantikan kulit muka sehinggakan jatuh self-esteem padahal masyarakat would NOT even notice those tiny pimples. Chill lah! Orang lain yang betul-betul mengalami masalah kulit lebih menderita dari kamu.




Nombor 9 dan seterusnya akan disambung lain kali.

4 comments:

mamasita said...

Hello dear,
I am returning your pleasant visit to my blog.
Your posting is so relaxing and frank.
I wii come again..you can count on that!
Happy New Year!

qahina said...

you really cracked me up! thanks..i was laughing the whole time. I wish I have your super confidence ..LOL Yes, I'm one of those people who gets a bit -( I mean A BIT only, yeah!) worried over pimples but on the whole note, I don't care. Plus, hey, I thought my wrists is small. We should meet up to compare! LOL
Happy new year dear. Hope yours a great one ahead.

ectopy said...

im not usually this witty/ happy in this blog lah...hehehe...

Weed and Bandages said...

fakta no.1 memang disokong penuh!

siap dengan stamp 'sokong'!