I like my Facebook friends now. As it is now Ramadhan, many choose to respect the holy month by sharing beneficial ustadz ustazah-like posts. Tak sia sia lah I cuti dan ber online kan...Dapat juga sedikit sebanyak ilmu.
A few of the statements I like are:
1) Memberi duit raya itu tak wajib, tapi yang wajib adalah melangsaikan hutang. Jadi, tak perlu rasa pressure kena bagi duit raya banyak-banyak.
Eloklah diajarkan kanak-kanak untuk tidak mengharapkan duit raya bila datang melawat. Nanti tuan rumah stressed pula.
To me, kalau setakat berniat nak bersedeqah dan menggembirakan kanak-kanak, apa salahnya...
Ada betulnya statement di atas ni. Kadang-kadang ada orang nak jaga air muka, berlagak macam orang kaya, tapi sebenarnya hutang sekeliling pinggang tak sedar. Sebab dia kira tolak bulan-bulan, tak ada effort nak bayar lebih untuk settle kan hutang cepat-cepat.
I pula selalu berdoa supaya dijauhi daripada beban berhutang. Tapi at the same time sibuk survey nak beli rumah. Macam mana tu? If I were God, mesti I confuse, eh hamba, what do you want actually? Haha. But I know mesti Allah tahu what I mean in my doa kan...He is the most knowledgeable, hence He will give what's best for me, or at least what I deserve lah.
Rumah sekarang mahal kan? Pilihan di hati mesti cecah juta juta punya...Adoi...Husband selalu optimiatic cakap one day we sure can afford it. Tapi nak tunggu one day, some day tu, mestilah harga dia belas belas juta pula kot...
2) Berhemah dalam menegur suami atau isteri dalam beribadat.
Ada orang siap perli perli suami tak pergi terawih, tapi secara tak sedar dah terguris hati suami. Mungkin suami balik lewat sebab cari rezeki, sebab itu tanggungjawab suami, wajib mencari rezeki untuk keluarga, sedangkan berterawih itu cuma sunat.
Tapi sayanglah kalau tinggal sunat setahun sekali tu...Kan?
3) Sunat pada Hari Raya ialah memakai pakaian terbaik pada hari itu, bukannya pakai baru! Jadi, tak perlu shopping raya sampai membazir.
Sebenarnya, I pun dah lama dah stop bershopping raya. To me, I bukan orang miskin yang beli baju setahun sekali. Kalau tak raya pun, I shopping juga and banyak juga baju baju yang masih elok. Buat penuh wardrobe je...
Kalau zaman Father I, fahamlah juga. He used to tell us that his school uniform was considered as baju raya. Kalau dapat beli kasut baru tu, it means getting a new pair of white shoes for school.
I always think orang yang semangat shopping raya, sampai ke kasut raya dan handbag raya ni, memang orang yang susah kot, that's why tunggu Raya sales.
Dulu, I selalu pelik kenapa some people make it such a big deal about graduating. I mean, you graduate lah. Tapi kenapa nak sampai panggil atok nenek, baby kecik kena panas, satu kampung naik bus bawa bunga, teddy bear semua...Padahal yang boleh masuk dewan tu dua orang je, result pun tak gempak sangat, and it is such a boring event! I tengok orang putih relax je...
Then someone told me it is because she/ he is the first one to go to the university, so it is a huge achievement for them.
Then, barulah I faham kenapa orang seronok sangat bergraduasi. See, I used to be so naive...I ingat orang semua sama macam I ke...
As I mature, I stopped judging people (well, maybe not entirely stopped, but greatly reduce lah).
And I also learned that Malaysia ni sebenarnya tak adalah maju sangat. Tahun millennium pun masih ramai rakyat yang datang dari keluarga tak berpendidikan.
Hari tu jalan-jalan pergi KLCC. I like jalan-jalan dekat tempat high class ni. Rasa macam, wow, hebatnya rakyat negara kita ni. Suka ah I tengok especially the Muslims yang trendy trendy, masa time balik kerja banyak corporate-looking ladies and gentlemen, pastu nampak macam so successful gitu.
Bila shopping tengok pakai bag Tods, beli barang Burberry, LV lah...Sampai I pun terikut-ikut nak masuk Chanel lah, Georgio Armani lah...If were a tourist, I would think Malaysia is very prosperous.
But as a Malaysian, I know this is not the reality. There are many poor Malaysians.
Before I start working in my field, I know lah kita ada lorry drivers, ada farmers...But I never really personally encountered any of them. Dulu I anggap diorang ni foreigners. Tapi bila dah kerja, dah kenal dunia, dah matang, I became more and more aware about my surroundings. There are Malaysian families with no cars, there are still fathers yang kerja buruh kasar, ibu yang kerja cleaners, children yang tak ke sekolah...
So, yeah, it means so much more to them what we often take for granted.
(Apasal I punya elaboration dah lari daripada point sebenar?)
4) Jangan minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah. Jangan minta dikurangkan ujian, tapi mintalah dibesarkan iman.
Yes, this is one of the Malay dilemmas. Semua nak mudah. Recently, in the news, syarat kemasukan untuk rakyat dari negara Pakistan, Bangladesh dan lain lain akan diperketatkan. Buat style orang putih, you have to declare the amount of money you have, the place and person you are going to stay with, your confirmation of ticket back to your original country...
Lepas tu, keluar dekat TV3, an organisation called IKHLAS, kononnya menyokong tindakan ini demi masyarakat bumiputera. They said: Sekarang ni, banyak pekerja asing buat business dekat Jalan TAR, Chow Kitt dan sebagainya, which menutup periuk nasi orang Malaysia.
Come on lah! Nak nasi banyak, kena kerja kuat, bukan asyik mengharapkan pertolongan. I pun tak paham berapa kali kena bagi peluang. Kerja nak senang, persaingan sikit dari orang asing pun dah rasa threatened, cubalah up sikit your game. Kenapa orang asing datang negara kita boleh berjaya, tapi kita di tanah air sendiri susah sangat nak naik? Padahal tak ada kerajaan yang bantu pun pendatang pendatang tu. Hasil titik peluh dia sendiri, memang patutlah rezeki dia dapat mana-mana pun. Kenapa dengki sangat?
Orang kita ni, bagi subsidi tak appreciate, jual pula pada negara jiran. I personally know someone yang brag about her brother seludup beras lah, minyak lah...Tak malu ke?
Lepas tu complaint orang kaya makin kaya. Dah memang mentaliti orang kaya cari property, bukan duduk goyang kaki beli benda bukan-bukan. Kita juga banyak complaint, tentang orang lain punya gaji besar sangat. Sometimes kan, I rasa macam nak jerit je, lah, memang patutlah orang tu gaji besar. Ingat masa sekolah dia tak belajar ke, engkau tu masa sekolah banyak main. Senang-senang nak gaji besar bila dah tua? Bila dah tua dengki pula. Ingat CEO tu duduk pejabat goyang kaki ke? Tak fikir tentang tanggungjawab yang beliau kena pikul? Ingat mudah ke nak sustain a company?
Tak ada equation yang mengatakan kerja senang akan dapat gaji besar. Kalau ada, maksudnya ada something wrong di situ...Macam skim cepat kaya tu. Nak kaya kena usaha, okay! Logiklah sikit!
I dengar cerita pekerja-pekerja husband I pun jadi tension tau. Like, ada ke patut nak minta cuti sebulan sebab nak berniaga dekat Bazaar Ramadhan. Like, hello, you nak kerja ke tanak? Tak kesahlah you nak cari makan lebih, kita tak halang, but you kena fikir lah tanggungjawab, takkan nak makan gaji buta kot. Tak raya dosa ke?
Ada yang nak balik awal sebab nak shopping raya. Like OMG, macamlah tak ada masa lain nak shopping! My husband ni pula, baik sangat. Pekerja nak pinjam duit, ok, pekerja nak gaji awal, ok, pekerja tak datang patut tolak gaji, ok, penyelia tapi tak menyelia, ok, cakap pun lemah lembut je...Hish, mana tak pekerja pijak kepala...Bukan boss je yang pening kepala, isteri boss pun jadi tension. "Kenapa baik sangat? Kalau I, I cakap je, lain kali tak payah tunjuk muka!" I told him just now.
The only reliable worker is this pakcik tua yang rajin, yang ada dua anak doktor, salah seorang doktor pakar lagi. See, patutnya tak payah kerja pun, tapi nak kerja juga walaupun anak anak bagi duit. Yang lain tu, haiyo, macam macam perangai. Nak kesian, tapi macam, menguji kesabaran sangat!
Okay lah, actually nak cerita satu benda lagi. Tapi di interrupted sebab ada drama live sebelah rumah I ni. Tengah tengah malam gaduh sampai polis datang semua. Dato' dituduh menipu duit. Hehehe. Maka orang tu mengamuk dengan kayu golf. Jangan ada adegan tembak menembak dah lah...
Disebabkan I sekarang ni merupakan surirumah yang ada banyak spare time, haruslah I mem busy body mengintip dari tingkap.
6 hours ago
3 comments:
Salam kak...
Saya setuju part 4...
Bila umur dah meningkat fikiran juga perlu matang...
Selamat Hari Raya Aidilitri...
Semoga proses kelahiran baby akak dipermudahkanNya...
Regards,
aza
salam,
I really like this post.. agreed with what you have written..tang duit raya tu memang betul..asalnya digalakkan untuk niat sedekah but now dah jadi macam compulsory.. I have always told my children, kalau orang tak bagi jangan minta sebab kita bukan peminta sedekah nak meminta-minta.. kalau orang bagi.. that is your rezeki and perlu bersyukur kerana rezeki itu Allah yang bagi :)
by the way, how should I address you :)
Selamat Hari Raya..semoga Allah permudahkan semua urusan..insya Allah
ada juga point yang surprising dalam entri you ni.
tapi, yeah, as time goes by, kita pun makin dewasa, makin matang, makin banyak pengalaman, makin luas pendedahan... so makin kita faham hidup ni.
all the best to you, and selamat hari raya! :)
Post a Comment