Monday, February 7, 2022

I cuma nak cakap...I rasa, kita patut approach penjagaan mak ayah kita macam kita jaga anak-anak kita.

Contohnya, kalau anak kita sakit, kita risau dan bawa pergi check dengan doctor. Kalau anak kita masuk wad, kita ambil cuti dan tak kesah berapa banyak duit kita kena keluarkan untuk bagi anak kita sihat.

Tapi, kenapa bila mak bapa kita sakit, kita seolah-olah berkira. Bila ditanya kenapa tak bawa ke hospital- takut ditahan wad, tak ada siapa nak jaga dalam wad.
Bila mak bapa sakit, kita tunggu dah betul-betul melarat baru nak pergi check.

Seolah-olah macam parents kita tu bukan priorities dalam hidup kita. If they are important, treat them like they are important.

Kenapa tak boleh bawa ke hospital swasta, kalau itu lebih selesa, tak perlu tunggu lama dan kita pun berkemampuan.

Saya paham kalau ibu bapa kita sendiri yang tak mahu ke hospital. Itu cerita lain. Tapi kebanyakannya, bukan ibu bapa yang tak nak mendapatkan rawatan. Anak-anak yang menghalang.

Kita kena ingat. Masa kita kecil, mak ayah kita yang paling risau, bersungguh-sungguh jaga kita sampai tak tidur malam. Tapi bila mak ayah kita sakit, kita tak bersungguh pun nak menyembuhkan.

Saudara suami saya, dah seminggu lebih ibunya sakit. Bila saya nasihat suruh bawa berubat, beliau masih tak bawa. Kalau dah lebih seminggu badan masih tak dapat lawan penyakit, maksudnya, penyakit tu tak boleh sembuh sendiri. Kena dapatkan rawatan.

Why are so many people lacking common sense. Tak logic nak harapkan demam, letih, sesak nafas dah nak dekat 10 hari, dapat pulih dekat rumah.

Lainlah kalau kita memang dah tahu dia ada cancer. Yang itu, saya setuju, kita turutkan sahaja kemahuan orang tua di saat-saat terakhir.

Sekiranya ibu saya sakit, InsyaAllah saya akan cuba selesakan beliau. InsyaAllah saya akan sanggup bayar berapa saja. Hidupnya bukannya lama lagi. Pelaburan yang ibu saya buat untuk sepanjang kehidupan saya, jauh lebih besar jumlahnya kalau nak bandingkan dengan harga kos rawatan. Saya berdoa supaya dalam hati tidak akan ada sikap berkira when it comes to my mother, because she deserves only the best. And I can afford it. Ada duit, gunalah untuk ibu bapa kita. Simpan banyak-banyak pun buat apa...Duit tu kalau hilang, boleh dicari balik.

Saya berdoa juga, kalau saya sakit, anak-anak saya jaga saya macam mana saya jaga mereka every time they fell sick. Sedihnya hati kalau kita tak dihargai bila kita dah tua nyanyuk.

1 comment:

Anonymous said...

Thank you for this post, Ectopy.
Kadang2 kita lalai bab2 ni.

Thanks again.

-pucca-