Saturday, May 26, 2007

Aku dan Dolah

Dipetik dari http://hafeziftiqar.blogspot.com

Sendirian dalam gelita. Takut! Takut! Takut! Gelap. Rupanya dia telah mati. “Rehmat kaki todi mati.” Heboh satu kampung. “Senyap, tak baik kata benda buruk walhal tuan punya badan tengah gelisah bimbang disoal malaikat kubur.” Kata Pak Mat kepada aku yang masih budak-budak. Aku belum sunat lagi. Tahun depan baru emak suruh masuk jawi. Aku tak suka sunat-sunat ni. Sakit! Tengok Dolah kena sunat dah buat aku gelisah. Waktu dia kangkang atas batang pisang, elok Tok Mudim janggut kambing tunjuk saja pisau, dia lari. Lintang pukang. Dua tiga orang kejar dia. Dia lari tak ubah macam kerbau terlepas dari tambatan. Habis diredah semak samun. Dulu dia yang beritahu aku dalam semak samun tu ada ular besar betis dia. Dia dah tak peduli ular besar betis. Dia cuma takut anu dia kena potong dengan mudim janggut kambing. “Habis... nanti aku nak kencing macam mana kalau anu aku kena kerat?” Tanya Dolah sehari sebelum kena sunat. “Kencing ikut mulut la!” Kata Zaki yang telah masuk jawi tahun lepas sebelum ketawa geli hati. Muka Dolah pucat betul, pucat macam muka Rehmat yang dah mati semalam. Aku tak percaya. Aku tak pernah tengok abah atau abang aku kencing ikut mulut. Tapi Dolah percaya. Dia tak boleh fikir betul barang kali kerana terlampau takut.

Orang kampung benci betul pada Rehmat. Aku pun benci juga. Dia selalu kacau aku dan Dolah main tuju tin. Kalau dia nampak kami bermain tuju tin, sengaja dia sepak tin yang kami susun bertingkat-tingkat. Dolah selalu mengadu pada Makcik Yam. “Mak, Rehmat muka hodoh kacau kami main, dia sepak tin kami,” adu Dolah pada emaknya. “Huh... kalau selalu buat dosa, perangai pun hodoh, muka tak jernih, orang tengok pun benci. Kamu berdua nanti jangan jadi macam Rehmat.” Kata Makcik Yam sambil memandang muka aku dan Dolah gilir-gilir. Kejahatan Rehmat bukan lagi rahsia di kalangan penduduk kampung. Setahu aku, Rehmat itu tak beribubapa. Rehmat kaki todi, kaki perempuan dan kaki embun. Jenuh orang nasihat Rehmat suruh bertaubat, tapi dia tak mahu. Masa muda untuk ronggeng katanya. Itu sebab Rehmat selalu ulang-alik pergi Siam. Cari perempuan kata Dolah. Rehmat pun kaki judi. Muka dia memang pelanggan setia kedai judi. Sembahyang Jumaat haram tak datang. Kadang-kadang khatib baca khutbah, Rehmat pasang Inul Gelek Gerudi kuat-kuat. Memang jelas dengar waktu kami bersolat Jumaat. “Macam mana kau tahu Inul Gelek Gerudi?” Tanya aku kepada Dolah. “Mak aku pun selalu dengar Inul Gelek Gerudi, tu sebab aku tahu.” Kata Dolah. “Gerudi? Macam gerudi kayu? Gelek, gelek, gelek?” Tanya aku. “Kau usah tengok. Kau budak kecik lagi. Berdosa, kau tahu! Mak aku tak apa, dia perempuan.” Kata Dolah. Lantak kau lah Dolah... Kau tengok, kau pun berdosa!

Dolah lari mengengkang dalam hutan lalang. Tak berbaju, cuma sehelai kain pelikat. Dia takut kena sunat, khatan atau masuk jawi. Aku gelak. Dolah takut anu dia hilang kena potong dek tok mudim. Dia takut nanti dia kena kencing ikut mulut. Dua tiga orang kejar Dolah. Sehebat-hebat Dolah yang pernah menang lumba lari 100 meter di sekolah, hebat lagi abah dia. Dolah kena tangkap. Dolah nangis-nangis. “Kenapa kamu lari?” Tanya Abah Dolah, Pakcik Seman. “Takut cacat! Takut cacat! Takut cacat!” Kata Dolah. “Tak mahu kencing ikut mulut! Takut cacat!” Kata Dolah sambil menangis teresak-esak. Pakcik Seman ketawa. Dolah kena dukung dan didudukkan di atas batang pisang semula. “Tak cacatnya, mana ada kena kencing ikut mulut. Tengok abah, tengok semua orang besar, ada kena kencing ikut mulut?” Tanya Pakcik Seman. “Mudim janggut kambing kencing ikut mulut!” Kata Dolah. “Dia bukan kencing, dia ludah sirih, tu sebab ludah dia warna merah!” Kata Pakcik Seman. Mudim janggut kambing ketawa. Aku mengintip takut-takut di celah bilah tingkap. Zap! Dolah meraung. Anu dia sudah kena kerat dek mudim janggut kambing.

“Macam kena rentap nyawa!” Kata Dolah yang terbaring. “Macam mana kau tahu? Kau bukan pernah mati.” Tanyaku. “Aku tahulah. Kau pergi tengok mayat Rehmat kena tanam pagi tadi?” Tanya Dolah. “Tak pergi, aku nak tengok anu kau kena bunuh dengan mudim janggut kambing.” Kataku.

Dengar cerita, Rehmat mati waktu dia mabuk-mabuk. Dia kena langgar dan mati di tempat kejadian. Rehmat tak sempat bertaubatlah. Urusan taubat jangan buat main-main. Mati tak kenal usia. Lepas kamu habis baca tulisan aku ini, mungkin kamu akan mati. Dulu bapak kepada Zaki kata, kalau dah sampai ajal, takkan cepat atau lewat sesaat. Jangan ingat muda macam Rehmat tak boleh mati. Lepas mati kamu takkan hidup balik. Itu yang jadi masalah. Ada disebut dalam Quran orang merayu-rayu untuk balik ke dunia beribadat tapi Tuhan kata ‘no way!’ Lepas tu masuk nerakalah engkau. Api neraka berganda panas daripada api dunia. Paling ringan pun dah mendidih otak.

“Kau tak takut mati?” Tanya Dolah tiba-tiba. “Takut.” Kataku. “Kenapa?” Tanya Dolah. “Takut kena buli dengan arwah Rehmat.” Kataku. Dolah ketawa. Aku ketawa. "Kalau mati boleh main tuju tin?" Dolah ketawa. Aku ketawa. Tiba-tiba kami senyap. Teringat mati. Kami masih kecil tapi kami takut kalau mati macam Rehmat. Tak sempat bertaubat.

TAMAT.

Friday, May 25, 2007

Pure and naive

I once worked as a part-time waitress in a hotel to raise enough money to buy a prom dress.

That was the first time I saw Malay men drank alcohol.

As a waitress, I was required to serve these customers. I refused.
I pretended to be busy with something else so my colleagues had to do the job.

Alcohol is haram.
Serving alcohols is bersubahat.

After the event, we had to clean the banquet hall. This means, clearing the table tops and changing the tablecloths.

I avoided alcohol up the point that I only cleaned 'clean' tables. Tables with no beer spills. I didn't even touch the beer mugs.

In the changing room, I was worried if I smelled like beer.

That is how pure I was, years ago. Pure and naive.

I want to be pure but not naive.